Skip to main content

Tunang Saya Masih Selamat, Doakan Dia- Tunang Anggota Bomba Nafi Khabar Angin Kematian


Nurul Najihah, tunang kepada Muhammad Adib yang sedang bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan parah ketika diserang perusuh menafikan khabar angin bahawa anggota bomba itu sudah meninggal dunia.

Gadis tersebut berkata Muhammad Adib masih selamat.

Malah, Nurul Najihah turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan perkara tidak benar mengenai tunangnya itu.

"Tunang saya masih selamat. Tolong hentikan yang bukan-bukan. Doakan dia Muhammad Adib," katanya dalam satu status di Facebook petang Selasa.

Posting tersebut turut mendapat perhatian netizen dengan rata-rata berharap agar Muhammad Adib diberikan kesembuhan segera.
Dalam pada itu, Nurul Najihah turut memuatnaik posting menyentuh hati mengenai tunangnya itu.

"Kamu kuat. Cepat bangun kamu. Muhammad Adib. Doakan tunang saya... tak kuat tengok kamu macam tu.

Muhammad Adib, 24, mengalami kecederaan parah ketika bertugas di lokasi kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, awal pagi Selasa.

Difahamkan Muhammad Adib mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman setelah diserang perusuh.

Anggota bomba berusia 24 tahun itu yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Muhammad Adib dan Nurul Najihah dijangka berkahwin bulan depan.

Sementara itu, Nurul Najihah turut meminta orang ramai supaya mendoakan tunangnya itu agar kembali pulih.

Sumber : Mstar
loading...

Popular posts from this blog

Menyerupai Rosmah Untuk Halloween! Blogger Ini Diugut Simbah Asid

Blogger dan pengamal media sosial terkenal dari Singapura, Xiaxue atau juga dikenali sebagai Wendy begitu dikenali disana. Sering kali menimbulkan isu kontroversi terutamanya berkaitan kostum Halloween, kali ini Wendy sekali lagi menimbulkan kontroversi sehingga mewujudkan perbalahan pengguna media sosial di Malaysia dan kota singa itu.


Pada tahun ini, Wendy telah melakarkan kostumnya menyerupai isteri bekas Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor. Menggayakan set rambut kembang, beserta tudung separuh, gaya tersebut ternyata mencetuskan isu apatah lagi dia turut memakai jumpsuit berwarna jingga yang tertera nama Rosmah bagi melambangkan baju seperti di dalam penjara.

Menurut Wendy, dia mengambil masa hingga 4 jam untuk membuat solekan menyerupai Rosmah malah sanggup melakukan sedemikian untuk tarik perhatian netizen. Terdahulu dia pernah menyerupai pejuang ISIS serta paderi gereja City Harvest yang mendapat lebih dari 600,000 jumlah tontonan di YouTube.

Meskipun hanyalah satu gurauan, …

Kita Melayu Meruntuhi Melayu... Bercakaran Sesama Melayu - Isteri Zahid

Sifat berselisih dan bertelingkah serta saling menjatuhkan sesama bangsa Melayu mendapat perhatian isteri kepada Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis.
Dalam satu pesanan suara yang dikongsi kepada pengamal media oleh Hamidah hari ini, beliau meluahkan rasa terkilan terhadap sikap menuding jari sesama sendiri dalam kalangan pucuk pimpinan.
“Kita Melayu memusuhi Melayu. Kita Melayu meruntuhi Melayu. Bercakaran sesama Melayu. Bangsa dan agama hancur," luahnya.

Tambahnya lagi, pemimpin sebelumnya sudah hidup dalam keluarga berusia 61 tahun yang berjenamakan UMNO, namun persoalannya: "Mengapa perlu dilenyapkan parti itu?"

Tambahnya lagi, kerajaan hari ini sepatutnya meneruskan sahaja perjuangan sedia ada yang pastinya ada kurang dan lebih.

"Adalah lebih elok diatasi dengan baik tanpa menuding jari mencari kesilapan," ujarnya lagi.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil pada 11 Oktober lalu bagi membantu siasatan atas dakwaan penyelewengan dana sebuah y…

Raja Kamarul Bahrin Fail Nusyuz Terhadap Noryn Aziz

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga penyanyi, Noryn Aziz. Tuntutan itu difailkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Julai lalu. Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang, semalam. Pada prosiding itu, Raja Kamarul Bahrin diwakili peguamnya, Zulkifli Yong dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co manakala tiada wakil hadir bagi pihak Noryn atau nama penuhnya, Norazmahwati Abd Aziz. Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes berkenaan. Tuntutan nusyuz itu difailkan Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Amanah Terengganu terhadap Noryn selepas wanita itu memilih membawa haluan hidup sendiri. Kes rumah tangga pasangan berkenaan dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, sejak 20…