Skip to main content

Sultan Johor Hantar Tun M Dengan Proton Saga Pertama


Kemesraan antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terserlah apabila baginda sendiri berkenan memandu Proton Saga pertama negara untuk menghantar Dr Mahathir sejauh 22 kilometer ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini.
Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong.
Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada tahun 80-an.
Sementara itu dalam sidang media kemudian, Dr Mahathir turut melahirkan rasa kagum dengan Proton Saga itu yang masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia 32 tahun.


“Kereta yang berusia 33 tahun yang amat baik yang diberikan oleh saya kepada ayahanda baginda di Kuala Lumpur dulu.
“Kereta manual ini masih elok dan mungkin dipandu dengan baik, tidak pernah rosak.
Jadi saya ini bukti yang baik keupayaan Proton Saga. Sudah berusia 34 tahun tapi masih berfungsi.
“Kereta ini dah berjalan 22,000 dan harga dia dulu RM17,000, itu sebab kita bagi kepada Yang di-Pertuan Agong dulu,” katanya.

Popular posts from this blog

Kes Kucing Dobi: Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun

Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini, Khamis.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu teksi A. Mohanraj, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari  tarikh tangkap pada 14 September 2018.

Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di sini antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman dend…

Jurutera Menyesal Kongsi Aksi Lucah...

TINDAKAN jurutera melakukan aksi lucah melalui panggilan video bersama wanita yang baru dikenali di Skype, membawa padah apabila dia diugut membayar RM3,000 bagi mengelakkan video yang dirakam berkenaan tersebar. Sumber polis berkata, kejadian berlaku sewaktu lelaki berusia 25 tahun terbabit menerima panggilan video daripada wanita berkenaan sewaktu berada di bilik pejabatnya di Jalan Borhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, 4 Januari lalu. Katanya, menerusi panggilan video itu, wanita berkenaan membuka pakaiannya sebelum meminta mangsa membuat perkara sama. “Lelaki berkenaan menuruti permintaan wanita berkenaan dengan membuka separuh seluarnya selama beberapa minit sebelum menamatkan panggilan video berkenaan. “Kemudian pada 7 Januari lalu, dia menerima pesanan ringkas daripada wanita berkenaan meminta supaya membayar RM3,000 menerusi Money Gram bagi mengelakkan rakaman video berkenaan disebarkan. “Sekiranya mangsa gagal menuruti, wanita berkenaan mengugut untuk …

Video Wanita Tolak Ciuman Seorang Lelaki Pada Acara Tahun Baru Tular

TULAR reaksi menjengkelkan yang ditunjukkan oleh seorang wanita terhadap lelaki yang cuba menciumnya pada acara sambutan tahun baharu.
Dalam rakaman tular itu, lelaki berkenaan mencuba nasib apabila bertindak mencium seorang wanita berambut perang dan rakaman itu disiarkan dalam rancangan TV Top 2000 Live, NPO Radio 2, sebuah stesen penyiaran Belanda.
Tetapi wanita itu mundur dan jelas jijik dengan tindakan lelaki itu di depan kamera.



Momen yang menjengkelkan itu disedari oleh seorang pelajar Amerika di Belanda yang menyiarkannya dalam talian.
Dia menulis: "Saya harap permulaan 2019 anda lebih baik berbanding lelaki ini."
Postingnya mendapat lebih dari 55,000 ulang kicau dan 211,000 tanda 'suka' dalam masa beberapa jam selepas berada dalam talian. Ia telah ditonton sebanyak 9.15 juta kali setakat ini.
Seorang netizen bergurau: "Wahai kawan. Ia satu ciuman, bukan satu hidangan." -Evening Standard
I hope your 2019 starts off better than this guy's pic.twi…

Anak Mat Sabu Ditahan Positif Ganja?

Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Md Dali mengesahkan perkara berkenaan kepada Astro AWANImelalui aplikasi WhatsApp.

"Aku sahkan anak Abang Mat kena tahan," katanya ringkas.

Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.

Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri tersebut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan…

Pemasyuran Sebagai Sultan Pahang Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Agong

Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.

Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, berkata biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih Majlis Raja-Raja sebagai YDPA yang baharu.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.

Manakala, Majlis Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih YDPA ke-16 dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini di Istana Negara.

Menurut laporan Bernama, Wan Nazrul Helmy berkata perkara itu berdasarkan kecenderungan majlis itu mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja dan bukannya kekananan takhta dalam pemilih…

ADUN Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung. Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham yang berusia 57 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang. “Jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Jalan Sungai Lalang, Tekala dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih. “Untuk makluman, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan golongan yang soleh,” katanya dalam kenyataan. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Bakhtiar menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). Sumber : Selangor Kini

PH Tidak Beri Wang Kepada Sesiapa- Tun Dr Mahathir Nafi Beri Wang Untuk Raih Undi

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak memberi wang kepada sesiapa semata-mata untuk meraih undi. Sebaliknya kata beliau, jika sesuatu pemberian itu memang diperuntukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat, maka sesiapa sahaja yang berhak boleh menerimanya.
 “PH tidak pernah bagi duit kepada sesiapa.
 “Kalau sesuatu duit (pemberian) itu dah kerajaan punya, dia bagilah. Itu semua orang dapat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan silinder komposit keluaran Astana City Group Sdn. Bhd. di sini hari ini.
 Gambar tersebut dikecam pelbagai pihak yang mendakwa pemberian itu sebagai rasuah.
 Sebelum itu dalam majlis yang dihadirinya, Perdana Menteri mahu rakyat menyokong produk-produk dan industri tempatan bagi memastikan perkembangan industri negara tidak terbantut.
 Katanya, sokongan itu dapat memastikan industri tempatan berkembang sekali gus lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan serta mengawal aliran keluar wang negara.

Sumber:  Utusan

Tun M Sahkan Tok Mat Berhasrat Tinggalkan Umno

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden parti tersebut Datuk Seri Mohamad Hasan telah berjumpa dengannya menyatakan hasrat meninggalkan parti.
Dr Mahathir yang juga Bersatu berkata pemimpin Umno tersebut datang berjumpanya bagi meminta nasihat beliau untuk mereka meninggalkan Umno.
“Mereka hanya datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka mahu meninggalkan Umno. Mereka minta nasihat saya. Itu saja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 20 Tahun Muzium Kesenian Islam di Yayasan Albukhary, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar beberapa pemimpin tertinggi Umno bertemu beliau yang menjadi viral sejak semalam.
Namun Mohamad semalam berkata foto tersebut adalah foto lama dan beliau tidak akan lompat parti.

Selain Mohamad, turut berada dalam gambar tersebut adalah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Dat…

'Anak Saya Sama Seperti Anak Orang Lain', Mat Sabu Serah Pada Pihak Berkuasa

Serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Itu kenyataan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, berkaitan penahanan anaknya oleh polis akibat positif ganja.

"Saya telah dimaklumkan tentang penahanan anak saya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, oleh pihak polis hari ini.

"Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

"Anak saya sama seperti anak orang lain, juga tertakluk kepada proses undang-undang negara," ujar beliau yang juga Menteri Pertahanan.


Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Ahmad Saiful Islam dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6  petang S…

'Adinda' Nurul Izzah Jawab Warkah 'Kekanda' Mujahid

Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Reaksi yang dinantikan semua pihak itu menyusul selepas empat hari Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima warkah berkenaan. Menerusi Twitternya, Nurul Izzah menjelaskan surat itu mempunyai niat baik tetapi menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya. “Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar," kata Nurul Izzah. Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Beliau menulis surat berkenaan menerusi Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Mad…
loading...