Skip to main content

Lesap RM8,888 Selepas Beri Nombor TAC

Seorang kerani wanita kerugian RM8,888 selepas memberi nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan online kepada lelaki yang tidak dikenali semasa kejadian di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 36 tahun terlebih dahulu dihubungi suspek.
Ujarnya lagi, suspek memaklumkan kononnya isterinya tersilap memasukkan nombor telefon bimbit bagi mendapatkan nombor TAC dan meminta mangsa memberi kod itu kepadanya.
"Mangsa menyemak SMS (khidmat pesanan ringkas) dan mendapati ada nombor TAC tersebut sebelum menghantar kod itu kepada suspek," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Wazir menambah, sejurus kod tersebut dihantar kepada suspek melalui aplikasi Whatsapp, mangsa menerima SMS daripada pihak bank menyatakan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun lelaki bernama Kamrulzamani telah berjaya dilakukan.
Kata beliau lagi, mangsa terus memeriksa akaun bank miliknya dan mendapati RM8,888 telah ditolak daripada baki akaunnya.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber : Kosmo!

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...