Skip to main content

Posts

Showing posts from March 24, 2019

“Every Child Is Different…”- Dr. Sheikh Muszaphar Minta Jangan Bandingkan Anak

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meminta agar ibu bapa tidak membandingkan anak-anak mereka. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza. Malah sebagai bapa yang mempunyai empat orang anak, Muszapahar memebritahu dia terpasjka menggunakan pendeakatan berbeza untuk mengajar setiap anaknya. “I have always expected Tasha to be better than Bella in every aspect .Because she was exposed to activities earlier than Bella from a very young age. “Kumon At 4 years old .TaeKwanDo at 4 years old .Swimming Classes at 3 years old .Horse riding at 3 years old .Safari International School at 3 years old .Mengaji at 4 years old . Chinese Kindergarten at 4 years old .And all the teachers say she’s a bright student ...Alhamdulillah ... “But I’m just having trouble teaching Tasha at home ...She’s hyperactive , always bullying Bella and the twins and certainly can’t sit still.. Haha . “I just need to find a different approach mellowing her down .My po

Kedudukan Nurul Izzah Dalam PKR Tidak Jelas - Zuraida

Kedudukan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam PKR sehingga ini masih tidak jelas selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Nurul Izzah sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman meletakkan jawatan dalam parti itu. Zuraida Kamaruddin “Saya kurang jelas dengan kedudukan Nurul Izzah dalam PKR selepas surat peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. “Beliau (Nurul Izzah) meletakkan jawatan tetapi selepas itu saya tidak mengetahui statusnya. Ia tidak ke mana-mana dan saya juga tidak pasti kerana beliau tidak menerangkan kepada PKR. “Kami tidak menemuinya kerana beliau sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman itu. Saya tidak tahu jika beliau ada menyatakan dalam surat peletakan jawatan itu atau membiarkan kepada parti. “Ia sangat samar-samar bagi kami kerana ada satu ketika beliau berkata beliau meletak jawatan, tetapi parti masih lag

4 Kebaikan Seni Mempertahankan Diri untuk Anak-Anak

SENI mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk anak anda membina jati diri, di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka. Selain dapat melindungi diri, mempelajari seni mempertahankan diri juga boleh membuatkan anak-anak lebih berdisiplin, penyabar, sihat serta berkeyakinan diri. Berikut merupakan empat kebaikan atau manfaat yang dapat diperolehi oleh anak-anak anda dari mempelajari serta mengamalkan seni mempertahankan diri: #1 Disiplin Salah satu prinsip utama dalam mana-mana seni mempertahankan diri tradisional ialah mengajar tentang disiplin, serta cara mengawal diri dan emosi. Guru-guru dan sifu di seluruh dunia sering menyebut perkara ini sebagai keperluan utama untuk seseorang berjaya dalam hidup. Ia merupakan salah satu pelajaran yang paling penting bagi anak-anak anda. #2 Keyakinan diri Jika sebelum ini anak anda merupakan seorang yang pemalu untuk berkawan, menghadiri kelas seni mempertahankan diri membolehkannya bertemu dengan pelajar lai

Gadis Melayu Bertudung Busking Lagu Korea di Seoul

APABILA sebut ‘hallyu’ mungkin ramai yang terpinga-pinga. Tetapi, apabila sebut ‘k-drama’ atau ‘k-pop’ maka ramailah dalam kalangan kita, terutamanya anak muda, yang membayangkan wajah-wajah ‘babyface’ artis-artis k-pop atau bintang-bintang drama dan filem dari Korea Selatan. Kalau bintang dari Korea Selatan menghiburkan kita di Malaysia, itu mungkin perkara biasa, tetapi apa pula pendapat anda jika orang Malaysia yang menghiburkan orang Korea? Jarang-jarang kita dengar, bukan? Tular di laman Twitter, satu video yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang ‘busking’ lagu Korea. Lebih menarik, aksi persembahan itu bukan sahaja menarik perhatian penonton yang datang dari Malaysia, malah orang Korea sendiri pun terpukau. Pengguna Twitter @venompenguin berkongsi video berdurasi dua minit yang menunjukkan kawannya yang sedang ‘busking’ di tepi jalan di sekitar Sinchon, di Seoul, Korea Selatan. Kebanyakan mereka yang menyaksikan persembahan itu, terutama rakyat Ko

Tahniah! Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Fellowship

SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang perubatan. Terbaharu, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah  Darzi Academic Clinical Fellowship  di Imperial College London. Perkara itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi akaun Twitternya. It was an honour to be awarded Darzi Academic Clinical Fellowship at Imperial College London, alhamdulillah, I’ll continue my hard work and make Malaysia proud. — Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) January 23, 2019 Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom. Beliau juga tidak terlepas dilanda kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapat berkait bidang perubatan. Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan pakar pembedahan umum dan akan meneruskan

Lesap RM8,888 Selepas Beri Nombor TAC

Seorang kerani wanita kerugian RM8,888 selepas memberi nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan online kepada lelaki yang tidak dikenali semasa kejadian di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 36 tahun terlebih dahulu dihubungi suspek. Ujarnya lagi, suspek memaklumkan kononnya isterinya tersilap memasukkan nombor telefon bimbit bagi mendapatkan nombor TAC dan meminta mangsa memberi kod itu kepadanya. "Mangsa menyemak SMS (khidmat pesanan ringkas) dan mendapati ada nombor TAC tersebut sebelum menghantar kod itu kepada suspek," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. Mohd. Wazir menambah, sejurus kod tersebut dihantar kepada suspek melalui aplikasi Whatsapp, mangsa menerima SMS daripada pihak bank menyatakan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun lelaki bernama Kamrulzamani telah berjaya dilakukan. Kata beliau lagi, mangsa terus memeriksa akaun bank
loading...