Skip to main content

Posts

Showing posts with the label HOME

Terapi Kubur Hilangkan ekanan

NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa. Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur. Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya. Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut. "Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran. "Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror. Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam. Sumber : Sinar Harian

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

Swiss Image, Jenama Penjagaan Kulit Halal Pertama Dengan Kajian Klinikal Dari Switzerland Dilancarkan

Switzerland    merupakan    sebuah    negara    yang    memang    tidak    asing    lagi    dengan    jenama    penjagaan    kulit    yang    bertaraf    antarabangsa    kerana    kualitinya    yang    bermutu    tinggi.          “Atas    objektif    tersebut,    kami    mahu    semua    wanita    di    Malaysia    menikmati    produk    penjagaan    kulit    Swiss    mewah    berkualiti    di    Malaysia...

Netizen Dari Malaysia Tidak Puas Hati, Malaysia Tidak Tersenarai Antara Destinasi Street Food Terbaik Dunia?

Negara jiran Singapura telah dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan ataupun street food terbaik di dunia.   Pengiktirafan yang diberikan oleh CEOWorld Magazine itu turut meletakkan Thailand di tempat kedua dan Hong Kong berada di kedudukan ketiga.   Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @toshrock telah berkongsi berita itu menerusi satu kicauan.   “Seluruh Asia Tenggara akan marah bila tahu tentang pengumuman ini dalam kiraan tiga... dua...” tulisnya sebagai keterangan kepada foto berita yang dimuat naik.   Singapura menyenaraikan nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya dan laksa sebagai makanan ikonik negara itu. Netizen Turut Tidak Puas Hati Apabila Nasi Ayam Disenaraikan Sebagai Makanan Ikonik Singapura Tambah malang apabila negara Malaysia tidak berada dalam senarai Top 20 destinasi street food terbaik dunia.   Hasil tinjuan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia tidak berpuas hati dan berkongsi reaksi y...

Anda Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol di Sini

Salah satu perkara yang diumumkan semasa pembentangan  Belanjawan 2020  ialah, bermula 1 Januari 2020 harga petrol RON95 akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa, dan bantuan menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) diperkenalkan. PSP disasarkan kepada golongan B40 dan M40 dengan bantuan yang berbeza. Untuk golongan B40, PSP akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah skrim Bantuan Sara Hidup (BSH). Data mereka telah disemak dan pemilikan kenderaan mereka disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelayakan. Seramai 2.9 juta orang telah dikesan layak menerima bantuan PSP bagi golongan B40. Orang ramai boleh menyemak kelayakan penerimaan PSP B40 bermula semalam, menerusi laman web PSP di alamat  https://psp.kpdnhep.gov.my/ Buat masa ini, laman utamanya telah sedia untuk dilayari tetapi sistem semakannya masih tidak boleh digunakan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, jika ada y...

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda. 1. Bercuti di waktu luar musim bercuti Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapa...

KENALI 10 PERMAINAN TERMAHAL DI DUNIA

Zaman sekarang, berani dikatakan yang permainan bukan sekadar dicipta buat kanak-kanak, malah kini juga buat yang sentiasa muda di hati. Kebanyakan produk permainan dibeli bertujuan untuk dimainkan manakala sebahagian laginya pula dijadikan koleksi para peminat. Apa-apa pun, tujuan utama produk permainan dicipta adalah melahirkan perasaan gembira kepada semua. Namun, sanggupkah anda beli kegembiraan diimpikan apatah memiliki antara  10 permainan termahal di dunia  tersenarai? #10 Diamond Barbie Bersama tanda harga USD302,500/±RM1,190,031 Stefano Canturi Barbie atau lebih dikenali sebagai Diamond Barbie menjadi pemegang rekod dunia sehingga kini selaku permainan patung jenama Barbie termahal dunia. Patung istimewa hasil rekaan pereka barang kemas terkenal Stefano Canturi daripada negara Australia ini ambil proses 6 bulan untuk disiapkan. Diamond Barbie lengkap berpakaian gaun petang warna hitam menawan bersama rantai leher bertak...
loading...