Skip to main content

KENALI 10 PERMAINAN TERMAHAL DI DUNIA


Zaman sekarang, berani dikatakan yang permainan bukan sekadar dicipta buat kanak-kanak, malah kini juga buat yang sentiasa muda di hati. Kebanyakan produk permainan dibeli bertujuan untuk dimainkan manakala sebahagian laginya pula dijadikan koleksi para peminat. Apa-apa pun, tujuan utama produk permainan dicipta adalah melahirkan perasaan gembira kepada semua. Namun, sanggupkah anda beli kegembiraan diimpikan apatah memiliki antara 10 permainan termahal di dunia tersenarai?




















#10 Diamond Barbie


Bersama tanda harga USD302,500/±RM1,190,031 Stefano Canturi Barbie atau lebih dikenali sebagai Diamond Barbie menjadi pemegang rekod dunia sehingga kini selaku permainan patung jenama Barbie termahal dunia. Patung istimewa hasil rekaan pereka barang kemas terkenal Stefano Canturi daripada negara Australia ini ambil proses 6 bulan untuk disiapkan. Diamond Barbie lengkap berpakaian gaun petang warna hitam menawan bersama rantai leher bertakhtakan batu permata merah jambu 1 karat berbentuk empat segi. Namun, harga sebenarnya dianggarkan antara USD300,000 – USD500,000.
















#9 Gold Rocking Horse
Bukan untuk kanak-kanak sebarangan. Sempena menghormati kelahiran satu-satunya Putera Mahkota Jepun, Ginza Tanaka – syarikat pertukangan permata profesional dari negara matahari terbit telah menghasilkan permainan kuda berhayun diperbuat daripada emas tulen 24 karat. Dengan berat 26 kg, kuda permainan emas idaman ramai ini berharga USD600,000/±RM2,364,299.




Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...