Netizen Dari Malaysia Tidak Puas Hati, Malaysia Tidak Tersenarai Antara Destinasi Street Food Terbaik Dunia?
Negara jiran Singapura telah dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan ataupun street food terbaik di dunia. Pengiktirafan yang diberikan oleh CEOWorld Magazine itu turut meletakkan Thailand di tempat kedua dan Hong Kong berada di kedudukan ketiga. Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @toshrock telah berkongsi berita itu menerusi satu kicauan. “Seluruh Asia Tenggara akan marah bila tahu tentang pengumuman ini dalam kiraan tiga... dua...” tulisnya sebagai keterangan kepada foto berita yang dimuat naik. Singapura menyenaraikan nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya dan laksa sebagai makanan ikonik negara itu. Netizen Turut Tidak Puas Hati Apabila Nasi Ayam Disenaraikan Sebagai Makanan Ikonik Singapura Tambah malang apabila negara Malaysia tidak berada dalam senarai Top 20 destinasi street food terbaik dunia. Hasil tinjuan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia tidak berpuas hati dan berkongsi reaksi y...