Skip to main content

Posts

Bekas Pramugari Jual Kuih...Usaha Adik di Twitter Buka Pintu Rezeki - “Mesej Masuk Tak Berhenti”

  Dahulu bekerja di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini memiliki air tangan luar biasa dalam menghasilkan kuih muih Melayu? Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini jadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu. Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka pandemik covid 19 yang membadai negara ini begitu teruk sehingga menyukarkan beliau mencari kerja baharu. "Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi, saya risau kerana kes Covid 19 sedang meningkat di Malaysia, "Jadi, saya ambil keputusan berhenti. Tak sangka Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan. "Saya jadi kru kabin dari tahun 2013.Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan. Menurut beliau, pernah terfikir untuk menceburi bidang hotel tetapi industri juga menerima impak yang teruk. Suami beliau yang bekerj
Recent posts

Agong perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi

  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150. Menurut Ahmad Fadil keputusan dicapai setelah baginda memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh. “Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang k

Terapi Kubur Hilangkan ekanan

NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa. Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur. Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya. Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut. "Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran. "Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror. Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam. Sumber : Sinar Harian

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejayaan anak kesayangan

Swiss Image, Jenama Penjagaan Kulit Halal Pertama Dengan Kajian Klinikal Dari Switzerland Dilancarkan

Switzerland    merupakan    sebuah    negara    yang    memang    tidak    asing    lagi    dengan    jenama    penjagaan    kulit    yang    bertaraf    antarabangsa    kerana    kualitinya    yang    bermutu    tinggi.          “Atas    objektif    tersebut,    kami    mahu    semua    wanita    di    Malaysia    menikmati    produk    penjagaan    kulit    Swiss    mewah    berkualiti    di    Malaysia    dengan    harga    yang    boleh    dicapai    oleh    setiap    golongan    wanita    yang    berkeinginan    memiliki    produk    kecantikan    dari    Switzerland”    ulas    Cik    Ambra    Orsolini,    wakil    dari    Swiss    Image    International.    “Pada    masa    yang    sama,    kami    juga    memahami    kepentingan    umat    islam    terhadap    status    halal    di    Malaysia    oleh    itu,    semua    produk    kami    mempunyai    pengiktirafan    halal    supaya    umat    Islam    disini    boleh    guna    produk    kami    tanpa    was-was.    

Netizen Dari Malaysia Tidak Puas Hati, Malaysia Tidak Tersenarai Antara Destinasi Street Food Terbaik Dunia?

Negara jiran Singapura telah dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan ataupun street food terbaik di dunia.   Pengiktirafan yang diberikan oleh CEOWorld Magazine itu turut meletakkan Thailand di tempat kedua dan Hong Kong berada di kedudukan ketiga.   Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @toshrock telah berkongsi berita itu menerusi satu kicauan.   “Seluruh Asia Tenggara akan marah bila tahu tentang pengumuman ini dalam kiraan tiga... dua...” tulisnya sebagai keterangan kepada foto berita yang dimuat naik.   Singapura menyenaraikan nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya dan laksa sebagai makanan ikonik negara itu. Netizen Turut Tidak Puas Hati Apabila Nasi Ayam Disenaraikan Sebagai Makanan Ikonik Singapura Tambah malang apabila negara Malaysia tidak berada dalam senarai Top 20 destinasi street food terbaik dunia.   Hasil tinjuan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia tidak berpuas hati dan berkongsi reaksi yang bercampur-baur tenta

Anda Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol di Sini

Salah satu perkara yang diumumkan semasa pembentangan  Belanjawan 2020  ialah, bermula 1 Januari 2020 harga petrol RON95 akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa, dan bantuan menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) diperkenalkan. PSP disasarkan kepada golongan B40 dan M40 dengan bantuan yang berbeza. Untuk golongan B40, PSP akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah skrim Bantuan Sara Hidup (BSH). Data mereka telah disemak dan pemilikan kenderaan mereka disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelayakan. Seramai 2.9 juta orang telah dikesan layak menerima bantuan PSP bagi golongan B40. Orang ramai boleh menyemak kelayakan penerimaan PSP B40 bermula semalam, menerusi laman web PSP di alamat  https://psp.kpdnhep.gov.my/ Buat masa ini, laman utamanya telah sedia untuk dilayari tetapi sistem semakannya masih tidak boleh digunakan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, jika ada yang layak dan
loading...