Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TIPS

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda. 1. Bercuti di waktu luar musim bercuti Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapa...

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

Elak buat 5 perkara ini sebelum beli rumah pertama

Semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus. Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli. Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah. Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang. Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara ini... #1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu) “Sentiasa ukur baju di badan sendiri.” Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat. Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung). Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah. Yang paling selamat untuk korang bua...

8 Tips 'Simple' Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Maghrib

Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?  Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari. Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 8 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga! 1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut Image via  www.nuansapagi.com Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem  instant . Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti...
loading...