Skip to main content

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu


Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong.

Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda.


1. Bercuti di waktu luar musim bercuti

Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini.
Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan  murah.



2. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi


Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong


Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik.

4. Tempah tiket penerbangan pada waktu yang betul


Kadang-kandng apabila anda terlalu ghairah nak pergi melancong, anda terlupa memilih waktu membeli tiket penerbangan yang sesuai. Anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan line internet,jadi hasrat anda untuk membuat tempahan tiket kapalterbang tergendala.
Pilihlah waktu selepas tengah malam, ketika orang lain sedang tidur, anda dengan selesanya membuat tempahan tanpa apa-apa gangguan. Jika anda bernasib baik mungkin anda akan mendapat tawaran tiket harga murah di saat-saat orang lain sedang tidur lena.

5. Pilih hari yang betul untuk buat tempahan tiket

Elakkan membuat tempahan tiket pada hujung minggu, kerana pada waktu ini biasa ramai yang membuat tempahan. Selain dari kesesakan talian internet, harga tiket pada hari-hari tersebut agak mahal, buatlah tempahan pada hari selasa atau rabu. Mungkin kurang kesesakan atau anda akan dapat diskaun hebat.

6. Pilih tempat penginapan yang selesa dan murah

Sangat penting mendapatkan tempat penginapan seperti homestay atau hotel yang selesa, tapi tak semestinya mahal. Jika anda pergi melancong dalam jumlah yang kecil, berdua atau bertiga misalnya, anda boleh buat hotel reservations, tetapi jika ahli rombongan anda agak ramai, pilihlah homestay sebagai tempat penginapan.

Sekarang banyak terdapat banyak homestay, samada homestay terapung, homestay kontena di tengah sawah atau homestay yang dibuat dari gelung simen.

7. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal

Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan ada. Dalam musim-musim tertentu, hotel dan homestay telah habis ditempah. Anda mungkin akan merasa kecewa jika menyewa hotel atau homestay secara “ad hoc”. Boleh jadi ianya tidak selesa atau anda ditempatkan di bilik yang tidak memuaskan.

8. Gunakan pengangkutan yang efektif semasa melancong

Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.

Jadi memilih kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat.

Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.

Ada banyak lagi tips berguna yang boleh anda baca di blog-blog pelancongan. Semoga 8 tips melancong dalam negara Malaysia ini menjadi panduan asas yang dapat membantu anda mencapai keseronokan melancong ke tempat menarik pilihan anda.

Sumber : Cari Homestay

Popular posts from this blog

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

Swiss Image, Jenama Penjagaan Kulit Halal Pertama Dengan Kajian Klinikal Dari Switzerland Dilancarkan

Switzerland    merupakan    sebuah    negara    yang    memang    tidak    asing    lagi    dengan    jenama    penjagaan    kulit    yang    bertaraf    antarabangsa    kerana    kualitinya    yang    bermutu    tinggi.          “Atas    objektif    tersebut,    kami    mahu    semua    wanita    di    Malaysia    menikmati    produk    penjagaan    kulit    Swiss    mewah    berkualiti    di    Malaysia...

Bekas Pramugari Jual Kuih...Usaha Adik di Twitter Buka Pintu Rezeki - “Mesej Masuk Tak Berhenti”

  Dahulu bekerja di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini memiliki air tangan luar biasa dalam menghasilkan kuih muih Melayu? Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini jadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu. Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka pandemik covid 19 yang membadai negara ini begitu teruk sehingga menyukarkan beliau mencari kerja baharu. "Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi, saya risau kerana kes Covid 19 sedang meningkat di Malaysia, "Jadi, saya ambil keputusan berhenti. Tak sangka Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan. "Saya jadi kru kabin dari tahun 2013.Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan. Menurut beliau, pernah terfikir untuk menceburi bidang hotel tetapi industri juga menerima impak yang teruk. Suami beliau yang bekerj...

Netizen Dari Malaysia Tidak Puas Hati, Malaysia Tidak Tersenarai Antara Destinasi Street Food Terbaik Dunia?

Negara jiran Singapura telah dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan ataupun street food terbaik di dunia.   Pengiktirafan yang diberikan oleh CEOWorld Magazine itu turut meletakkan Thailand di tempat kedua dan Hong Kong berada di kedudukan ketiga.   Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @toshrock telah berkongsi berita itu menerusi satu kicauan.   “Seluruh Asia Tenggara akan marah bila tahu tentang pengumuman ini dalam kiraan tiga... dua...” tulisnya sebagai keterangan kepada foto berita yang dimuat naik.   Singapura menyenaraikan nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya dan laksa sebagai makanan ikonik negara itu. Netizen Turut Tidak Puas Hati Apabila Nasi Ayam Disenaraikan Sebagai Makanan Ikonik Singapura Tambah malang apabila negara Malaysia tidak berada dalam senarai Top 20 destinasi street food terbaik dunia.   Hasil tinjuan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia tidak berpuas hati dan berkongsi reaksi y...

Agong perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi

  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150. Menurut Ahmad Fadil keputusan dicapai setelah baginda memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh. “Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelomba...

Terapi Kubur Hilangkan ekanan

NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa. Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur. Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya. Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut. "Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran. "Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror. Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam. Sumber : Sinar Harian

Anda Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol di Sini

Salah satu perkara yang diumumkan semasa pembentangan  Belanjawan 2020  ialah, bermula 1 Januari 2020 harga petrol RON95 akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa, dan bantuan menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) diperkenalkan. PSP disasarkan kepada golongan B40 dan M40 dengan bantuan yang berbeza. Untuk golongan B40, PSP akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah skrim Bantuan Sara Hidup (BSH). Data mereka telah disemak dan pemilikan kenderaan mereka disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelayakan. Seramai 2.9 juta orang telah dikesan layak menerima bantuan PSP bagi golongan B40. Orang ramai boleh menyemak kelayakan penerimaan PSP B40 bermula semalam, menerusi laman web PSP di alamat  https://psp.kpdnhep.gov.my/ Buat masa ini, laman utamanya telah sedia untuk dilayari tetapi sistem semakannya masih tidak boleh digunakan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, jika ada y...

Kedudukan Nurul Izzah Dalam PKR Tidak Jelas - Zuraida

Kedudukan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam PKR sehingga ini masih tidak jelas selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Nurul Izzah sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman meletakkan jawatan dalam parti itu. Zuraida Kamaruddin “Saya kurang jelas dengan kedudukan Nurul Izzah dalam PKR selepas surat peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. “Beliau (Nurul Izzah) meletakkan jawatan tetapi selepas itu saya tidak mengetahui statusnya. Ia tidak ke mana-mana dan saya juga tidak pasti kerana beliau tidak menerangkan kepada PKR. “Kami tidak menemuinya kerana beliau sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman itu. Saya tidak tahu jika beliau ada menyatakan dalam surat peletakan jawatan itu atau membiarkan kepada parti. “Ia sangat samar-samar bagi kami kerana ada satu ketika beliau berkata beliau meletak jawatan, tetapi parti masih lag...
loading...