Skip to main content

Terapi Kubur Hilangkan ekanan


NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa.

Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur.

Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya.

Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut.

"Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran.

"Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror.

Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam.

Sumber : Sinar Harian

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...