Skip to main content

Posts

Showing posts from November 10, 2019

Terapi Kubur Hilangkan ekanan

NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa. Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur. Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya. Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut. "Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran. "Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror. Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam. Sumber : Sinar Harian
loading...