Skip to main content

Posts

Showing posts from May 5, 2019

Sultan Selangor Gantung Darjah Kebesaran Najib & Rosmah? Ini Sebabnya…

Darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah digantung sementara selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Astro Awani. Menerusi kenyataan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya penggantungan sebenarnya telah pun berkuat kuasa 6 Mei lalu. Antara faktor pergantungan itu adalah kedua-dua individu sedang menghadapi beberapa pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Menurut Mohd Amin , penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran yang dikurniakan DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula selepas kes dimuktamadkan di mahkamah. “Penggantungan ini selaras dengan kuasa Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri Selangor,” katanya. Menurut kenyataan itu lagi, Najib dikurniakan Keahlian Dar
loading...