"Tinggal Serumah 14 Orang, Kerja Selagi Matahari Tak Terbenam! Tapi Gaji ..." - Siapa Sangka, Fizi Ali Pernah Jadi Pemetik Epal
Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan pernah berdepan detik sukar dalam hidup selepas stesen radio tempatnya bekerja sebelum ini ditutup. Kata Fizi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara asing untuk menjadi pemetik buah epal selama enam bulan. "Satu ketika dulu saya pernah di ambang kejatuhan. Kerja tak ada, duit dah semakin habis, saya dah hilang keyakinan untuk hidup. Macam-macam usaha tapi gagal jugak. "Saya ambil keputusan untuk merantau jauh di negara orang, kerja sebagai pemetik buah. "Walaupun waktu tu orang gelar saya pendatang haram tapi gigihkan juga sebab saya tau saya cari rezeki yang halal. "Hampir 6 bulan di sana hidup sebagai pelarian, sentiasa ada perasaan takut ditangkap," katanya. View this post on Instagram satu ketika dulu abam pernah di ambang kejatuhan..kerja tak ada,duit dah semakin habis..abam dah hilang keyakinan utk hidup..macam2 abam usaha tapi gagal...