Skip to main content

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf


Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau.

"Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.

"Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan.

"Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali.

"Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri.

"Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yg barakah"

Menurut Asyraf, isterinya tidak pernah meminta wang untuk membeli pakaian melainkan apa yang dibelikannya. Beg tangan dan kasut seadanya.

Kata Asyraf lagi, kadang-kadang terusik di hati seorang suami untuk membeli sesuatu yang menggembirakan isteri tetapi ketika itu dia tidak mampu.

"Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah.

"Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan," pesan Asyraf.

"Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui.

"Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama," kongsi Asyraf.

Sumber : Astro Gempak

Popular posts from this blog

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

Agong perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi

  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150. Menurut Ahmad Fadil keputusan dicapai setelah baginda memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh. “Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelomba...

Terapi Kubur Hilangkan ekanan

NETHERLANDS - Sebuah universiti menawarkan terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan peperiksaan kepada mahasiswa. Universiti terletak di bandar Nijmegen, Belanda, menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik untuk mengatasi masalah tekanan iaitu perlu berada di dalam kubur. Menurutnya, walaupun kaedah itu unik dan pelik, namun ia cukup popular hingga membuatkan ramai mahasiswa mahu mencubanya. Seorang siswa, Sean McLaughlin berkata, dia dan rakan serumahnya akan mencuba terapi kubur tersebut. "Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran. "Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror. Difahamkan, kubur itu dilengkapi selimut, tikar untuk memastikan keselesaan penghuninya dan boleh memilih untuk berada di dalam kubur selama 30 minit atau tiga jam. Sumber : Sinar Harian

"Tinggal Serumah 14 Orang, Kerja Selagi Matahari Tak Terbenam! Tapi Gaji ..." - Siapa Sangka, Fizi Ali Pernah Jadi Pemetik Epal

Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan pernah berdepan detik sukar dalam hidup selepas stesen radio tempatnya bekerja sebelum ini ditutup. Kata Fizi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara asing untuk menjadi pemetik buah epal selama enam bulan. "Satu ketika dulu saya pernah di ambang kejatuhan. Kerja tak ada, duit dah semakin habis, saya dah hilang keyakinan untuk hidup. Macam-macam usaha tapi gagal jugak. "Saya ambil keputusan untuk merantau jauh di negara orang, kerja sebagai pemetik buah. "Walaupun waktu tu orang gelar saya pendatang haram tapi gigihkan juga sebab saya tau saya cari rezeki yang halal. "Hampir 6 bulan di sana hidup sebagai pelarian, sentiasa ada perasaan takut ditangkap," katanya. View this post on Instagram satu ketika dulu abam pernah di ambang kejatuhan..kerja tak ada,duit dah semakin habis..abam dah hilang keyakinan utk hidup..macam2 abam usaha tapi gagal...
loading...