Skip to main content

Posts

Showing posts from November 15, 2020

Bekas Pramugari Jual Kuih...Usaha Adik di Twitter Buka Pintu Rezeki - “Mesej Masuk Tak Berhenti”

  Dahulu bekerja di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini memiliki air tangan luar biasa dalam menghasilkan kuih muih Melayu? Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini jadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu. Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka pandemik covid 19 yang membadai negara ini begitu teruk sehingga menyukarkan beliau mencari kerja baharu. "Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi, saya risau kerana kes Covid 19 sedang meningkat di Malaysia, "Jadi, saya ambil keputusan berhenti. Tak sangka Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan. "Saya jadi kru kabin dari tahun 2013.Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan. Menurut beliau, pernah terfikir untuk menceburi bidang hotel tetapi industri juga menerima impak yang teruk. Suami beliau yang bekerj

Agong perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi

  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150. Menurut Ahmad Fadil keputusan dicapai setelah baginda memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh. “Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang k
loading...