Skip to main content

Bekas Pramugari Jual Kuih...Usaha Adik di Twitter Buka Pintu Rezeki - “Mesej Masuk Tak Berhenti”

 


Dahulu bekerja di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini memiliki air tangan luar biasa dalam menghasilkan kuih muih Melayu?

Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini jadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu.

Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka pandemik covid 19 yang membadai negara ini begitu teruk sehingga menyukarkan beliau mencari kerja baharu.

"Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi, saya risau kerana kes Covid 19 sedang meningkat di Malaysia,

"Jadi, saya ambil keputusan berhenti. Tak sangka Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan.

"Saya jadi kru kabin dari tahun 2013.Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan.

Menurut beliau, pernah terfikir untuk menceburi bidang hotel tetapi industri juga menerima impak yang teruk. Suami beliau yang bekerja dalam bidang hotel juga turut terkesan. Beliau juga mengatakan idea dan saranan membuat kuih ini daripada suaminya, Mohd Nazrin Md Affandi.

Nina juga ada bercerita mengenai ayahnya yang suatu ketika dahulu merupakan seorang Juruterbang tetapi ayahnya pernah jatuh sakit semasa beliau berusia 9 tahun. Dengan situasi tersebut, ibunya berniaga kuih tepi jalan untuk sara kehidupan mereka.

Jadi, tidak hairanlah Nina boleh melakukannya kerana  telah mempelajari sedikit sebanyak dari ibunya. 

" Baru-baru ini,kami balik rumah, dia ada terima tempahan kuih dari rakannya. Dari situlah, suami bagi idea, dia tanya saya boleh buat kuih ke? Malah, kawasan rumah kami di kawasan Cyberjaya juga agak susah kalau nak cari kuih. Dari situlah, bermula perniagaan kami," jelasnya.

Kata Nina, dia bersyukur apabila mendapat sokongan padu rakan dan keluarga sejak mengusahakan perniagaan itu. Malah, dia sama sekali tidak pernah berhadapan persepsi negatif yang memandang rendah perubahan kerjayanya.

Kuih Yang Dihasilkan Nina


Nina juga melahirkan rasa syukur kerana posting hebahan adiknya di Twitter menjadi tular sehingga membuka peluang rezeki buatnya. Sejak itu, mesej masuk tidak berhenti dan terlalu banyak mesej perlu dijawab oleh mereka suami isteri.

Nina juga menambah, hanya beliau dan suami sahaja yang membuat kuih sambil menjaga anak mereka sambil memohon maaf kerana ada mesej yang tidak terlayan oleh mereka.

Malah, sempat menitipkan pesanan buat sesiapa yang senasib dengannya dan suami agar tidak mudah putus asa  dan cuba meneroka bakat yang ada untuk diubah jadi punca pendapatan.

Setakat ini, kuih yang dihasilkan olehnya bukan sahaja dijual di Cyberjaya, bahkan turut bersedia menerima tempahan dari luar kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan sebagainya.

Sumber : Mstar

Popular posts from this blog

Eksklusif: Siswa Miskin Ikat Perut

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan. Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing. Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik. Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50. Pelajar jur...

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau. "Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. "Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. "Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali. "Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seoran...
loading...