MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan yang sudah memasuki dua minggu terus menjadi tanda tanya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menjejaknya selepas tiba-tiba 'ghaib' ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya namun sehingga kini kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih mesra dengan sapaan Acap pada 23 Mac lalu itu terus kekal misteri. Dalam kekecohan Acap ghaib tanpa sebarang petunjuk, pelbagai teori muncul bagi menjelaskan misteri kehilangannya termasuklah pemuda malang itu dikatakan disorok oleh bunian di alam mereka kerana Acap mungkin melakukan sesuatu hingga menimbulkan kemarahan makhluk halus itu. Tidak kurang juga yang menyifatkan tanggapan itu sebagai mengarut dan menganggap ia syirik kerana anak kelahiran Muar, Johor itu berkemungkinan sesat kerana tidak biasa dengan keadaan dalam hutan. Tetapi siapa sebenarnya bunian yang sering diperkatakan terutamanya dalam kalangan ma...
Laughter is Good for the Soul