Skip to main content

Bunian Itu Jin Tapi Jangan Terlalu Obses, Nanti Syirik - Ustaz Zaharuddin


MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan yang sudah memasuki dua minggu terus menjadi tanda tanya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menjejaknya selepas tiba-tiba 'ghaib' ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya namun sehingga kini kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih mesra dengan sapaan Acap pada 23 Mac lalu itu terus kekal misteri.
Dalam kekecohan Acap ghaib tanpa sebarang petunjuk, pelbagai teori muncul bagi menjelaskan misteri kehilangannya termasuklah pemuda malang itu dikatakan disorok oleh bunian di alam mereka kerana Acap mungkin melakukan sesuatu hingga menimbulkan kemarahan makhluk halus itu.
Tidak kurang juga yang menyifatkan tanggapan itu sebagai mengarut dan menganggap ia syirik kerana anak kelahiran Muar, Johor itu berkemungkinan sesat kerana tidak biasa dengan keadaan dalam hutan.
Tetapi siapa sebenarnya bunian yang sering diperkatakan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu? Adakah ia hanya mitos semata-mata atau benar-benar wujud?
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki Acap namun masih gagal.
Bunian itu jin!
Penceramah bebas Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, bunian itu sebenarnya wujud dan nama panggilan itu adalah istilah biasa digunakan oleh masyarakat tempatan yang sebenarnya merujuk kepada jin.
Kata Zaharuddin, dalam Islam sendiri makhluk ciptaan Allah itu banyak disebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Jinn yang antaranya menyebut bahawa jin mengakui mendengar al-Quran yang penuh keajaiban, menunjuk jalan lurus dan mereka telah beriman.
Dalam surah sama jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.
Makhluk ini kata Zaharuddin gemar tinggal bersama manusia malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari tempat yang mempunyai manusia selain mewujudkan perkampungan sendiri serta hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah SAW (maksudnya); Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia).
"Bunian itu adalah bahasa istilah yang sebenarnya merujuk kepada jin... Jin itu memang wujud malah ia turut disebut dalam al-Quran dan hadis.
"Boleh jadi apa yang menimpa kepada mangsa itu ada kaitan dengan perbuatan jin. Kita harus faham jin itu hidup dalam kalangan manusia dan kawasan hutan itu juga adalah tempat tinggalnya," katanya.
Mengulas mengenai kehilangan Acap, Zaharuddin berkata, sukar untuk ditafsirkan apa sebenarnya berlaku kepada pemuda itu kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepadanya.
Bagaimanapun katanya, dia menasihatkan agar orang ramai tidak terlau obses dalam hal berkaitan bunian sehingga sanggup melakukan pelbagai ritual bertentangan dengan Islam sehingga jatuh syirik.
Sebaliknya kata Zaharuddin, dalam setiap usaha menjejak Acap ia perlulah berlandaskan Islam selain berusaha dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Acap dalam keadaan baik dan selamat.
"Sebagai orang Islam kita tidak boleh berputus asa dalam berusaha mencari dan mencari kebenaran tetapi janganlah sehingga menggunakan khidmat bomoh dan melakukan perbuatan syirik," ujarnya.
Sumber : Mstar

Popular posts from this blog

Eksklusif: Siswa Miskin Ikat Perut

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan. Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing. Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik. Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50. Pelajar jur...

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

Bekas Pramugari Jual Kuih...Usaha Adik di Twitter Buka Pintu Rezeki - “Mesej Masuk Tak Berhenti”

  Dahulu bekerja di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini memiliki air tangan luar biasa dalam menghasilkan kuih muih Melayu? Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini jadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu. Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka pandemik covid 19 yang membadai negara ini begitu teruk sehingga menyukarkan beliau mencari kerja baharu. "Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi, saya risau kerana kes Covid 19 sedang meningkat di Malaysia, "Jadi, saya ambil keputusan berhenti. Tak sangka Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan. "Saya jadi kru kabin dari tahun 2013.Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan. Menurut beliau, pernah terfikir untuk menceburi bidang hotel tetapi industri juga menerima impak yang teruk. Suami beliau yang bekerj...

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau. "Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. "Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. "Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali. "Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seoran...
loading...