Semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus. Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli. Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah. Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang. Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara ini... #1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu) “Sentiasa ukur baju di badan sendiri.” Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat. Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung). Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah. Yang paling selamat untuk korang bua...
Laughter is Good for the Soul