Skip to main content

Elak buat 5 perkara ini sebelum beli rumah pertama


Semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus.
Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli.
Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah.
Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang.
Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara ini...

#1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu)

“Sentiasa ukur baju di badan sendiri.”
Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.
Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).
Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.
Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.
Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.
Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.
Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.

#2 : Tak buat bajet sebelum beli rumah pertama

Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.
Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.
Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.
Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.
Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.

#3 : Beli rumah pertama secara terburu-buru

Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.
Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.
Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :
  • Latar belakang pemaju,
  • Jenis-jenis fasiliti yang ada,
  • Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.
Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :
  • Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,

  • Kadar sewa yang terlalu rendah,

  • Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).

#4 : Terlampau taksub dengan pandangan orang lain

Untuk pembeli rumah pertama, dah tentu banyak perkara yang terlintas dan bermain dalam korang punya minda.
Dan korang jadi macam tu sebab takut buat silap. Perkara ni, biasa berlaku kat ramai orang termasuk Tok sendiri.
Sebagai alternatif, ramai jugak yang dapatkan pondangan pakar, atau mereka yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah.
Betul, mereka bergelar pakar dalam industri. Tapi, tak patut korang letakkan sepenuh keputusan membeli rumah di tangan orang lain.
Korang sendiri perlu bertanggungjawab ke atas keputusan yang korang nak buat, supaya korang berpuas hati dengan apa yang korang beli.
Kalau pandangan orang lain tu menjadikan korang terpaksa tanggung kerugian, korang mungkin akan rasa menyesal sebab tak buat dulu analisis awal.

#5 : Anda tak guna khidmat bantuan ejen hartanah

Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.
Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.
Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.
Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.
Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.
Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.
Sebelum nak beli rumah pertama, korang pergi cari ilmu dulu.
Dan selagi tak belajar, tangguh dulu beli apa-apa pun rumah yang korang suka. Walaupun masa tu duit dah confirm cukup.
Kalau tak nak duit korang ‘lebur’ macam tu je, baik korang sediakan diri betul-betul dulu. 
Sumber : Gila Hartanah

Popular posts from this blog

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

Kedudukan Nurul Izzah Dalam PKR Tidak Jelas - Zuraida

Kedudukan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam PKR sehingga ini masih tidak jelas selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Nurul Izzah sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman meletakkan jawatan dalam parti itu. Zuraida Kamaruddin “Saya kurang jelas dengan kedudukan Nurul Izzah dalam PKR selepas surat peletakan jawatan sebagai Naib Presiden parti. “Beliau (Nurul Izzah) meletakkan jawatan tetapi selepas itu saya tidak mengetahui statusnya. Ia tidak ke mana-mana dan saya juga tidak pasti kerana beliau tidak menerangkan kepada PKR. “Kami tidak menemuinya kerana beliau sudah tidak menghadiri mesyuarat sejak membuat pengumuman itu. Saya tidak tahu jika beliau ada menyatakan dalam surat peletakan jawatan itu atau membiarkan kepada parti. “Ia sangat samar-samar bagi kami kerana ada satu ketika beliau berkata beliau meletak jawatan, tetapi parti masih lag...

Jadi Housewife Pun Ada KPI? Hadiah Suami Buat Isterinya Ini Buat Netizen 'Cair'

Pernah tak terfikir satu hari nanti suri rumah juga mempunyai penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI)? Kalau KPI tinggi pasti dapat bonus, kan? Itulah yang berlaku pada seorang wanita apabila menerima 'bonus' daripada suaminya selepas cemerlang menjalankan tugas sebagai suri rumah. Menerusi Twitter, wanita dikenali sebagai Fazlinazhran ini memuat naik gambar hadiah yang kebanyakkannya terdiri daripada barangan kelengkapan rumah. Sehingga kini tweet terbabit telah dikongsi sebanyak 3,400 kali!   Husband cakap ni hadiah sebab perform KPI housewife.😂 Sebab tu kena suruh lelaki buat kerja rumah, baru tau betapa susahnya perempuan buat kerja pakai benda basic. So they all boleh upgrade hehe Thank you @LazadaMY , lazada punya birthday tapi kita yang dapat hadiah hahaha😂 pic.twitter.com/l7xPqp4sEn — Olivia (@fazlinazhran) April 1, 2019 Menurut Fazlinazhran gelaran KPI housewife itu juga hanya jenaka semata-mata dan tiada kena mengena dengan paksaan daripada suaminya. ...

Zizie Izzette Mengaku Tidak Bersalah Subahat dengan Suami, Minta Dibicarakan

AHLI  Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izzette A.Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan dana Felcra bernilai RM2.8 juta pada Jun 2015. Pelakon Zizie Izzette yang memakai baju serba hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya. “Saya minta bicara,” kata pelakon itu yang pernah membintangi drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella' dalam nada yang tenang sambil menggelengkan kepala. Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat suaminya yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun. Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menye...

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau. "Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. "Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. "Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali. "Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seoran...
loading...