AHLI Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izzette A.Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan dana Felcra bernilai RM2.8 juta pada Jun 2015. Pelakon Zizie Izzette yang memakai baju serba hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya. “Saya minta bicara,” kata pelakon itu yang pernah membintangi drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella' dalam nada yang tenang sambil menggelengkan kepala. Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat suaminya yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun. Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menye...
Laughter is Good for the Soul