Skip to main content

Zizie Izzette Mengaku Tidak Bersalah Subahat dengan Suami, Minta Dibicarakan


AHLI Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izzette A.Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan dana Felcra bernilai RM2.8 juta pada Jun 2015.

Pelakon Zizie Izzette yang memakai baju serba hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya.

“Saya minta bicara,” kata pelakon itu yang pernah membintangi drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella' dalam nada yang tenang sambil menggelengkan kepala.

Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat suaminya yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5.00 petang, pada 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan serupa.



Zizie Ezette diiringi pegawai -pegawai SPRM ketika tiba di mahkamah

Zizie Izette juga dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.18 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Umar Saifuddin Jaafar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam, Datuk K.Kumaraendran, yang mewakili pelakon itu tidak membantah jumlah jaminan berkenaan.

Sementara itu, Umar Saifuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa suami kepada tertuduh telah didakwa pagi ini di Mahkamah Sesyen berasingan.

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon supaya kes dihadapi tertuduh dipindahkan ke mahkamah sama (Mahkamah Sesyen 8) dengan kes suaminya agar dapat dibicarakan bersama,” katanya yang turut memaklumkan tiada sebarang bantahan daripada pihak peguam.

Kumarendran kemudian mengesahkan perkara itu.

Mahkamah kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 8 dan menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.

Sumber : Mstar

Popular posts from this blog

Tahniah! Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Fellowship

SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang perubatan. Terbaharu, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah  Darzi Academic Clinical Fellowship  di Imperial College London. Perkara itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi akaun Twitternya. It was an honour to be awarded Darzi Academic Clinical Fellowship at Imperial College London, alhamdulillah, I’ll continue my hard work and make Malaysia proud. — Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) January 23, 2019 Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom. Beliau juga tidak terlepas dilanda kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapat berkait bidang perubatan. Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan pakar pembedahan umum dan akan me...

“Every Child Is Different…”- Dr. Sheikh Muszaphar Minta Jangan Bandingkan Anak

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meminta agar ibu bapa tidak membandingkan anak-anak mereka. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza. Malah sebagai bapa yang mempunyai empat orang anak, Muszapahar memebritahu dia terpasjka menggunakan pendeakatan berbeza untuk mengajar setiap anaknya. “I have always expected Tasha to be better than Bella in every aspect .Because she was exposed to activities earlier than Bella from a very young age. “Kumon At 4 years old .TaeKwanDo at 4 years old .Swimming Classes at 3 years old .Horse riding at 3 years old .Safari International School at 3 years old .Mengaji at 4 years old . Chinese Kindergarten at 4 years old .And all the teachers say she’s a bright student ...Alhamdulillah ... “But I’m just having trouble teaching Tasha at home ...She’s hyperactive , always bullying Bella and the twins and certainly can’t sit still.. Haha . “I just need to find a different approach mellowing her down .My po...

Eksklusif: Siswa Miskin Ikat Perut

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan. Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing. Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik. Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50. Pelajar jur...

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda. 1. Bercuti di waktu luar musim bercuti Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapa...

8 Tips 'Simple' Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Maghrib

Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?  Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari. Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 8 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga! 1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut Image via  www.nuansapagi.com Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem  instant . Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti...

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

Nurul Izzah Kembali Anggotai PAC

AHLI  Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu selepas melepaskan jawatan itu. Keputusan itu dibuat selepas berpuas hati dengan jaminan semak dan imbang dalam struktur jawatankuasan itu dan jawatan Pengerusi PAC akan kembali diterajui pembangkang. Beliau bersetuju menganggotai PAC setelah berbincang dengan Ketua Whip Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. “Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara. “Harapan saya agar agenda reformasi sentiasa menjadi keutamaan kita dalam berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian. Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa itu pada 22 Mac lalu atas alasan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC. Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangka...

Gadis Melayu Bertudung Busking Lagu Korea di Seoul

APABILA sebut ‘hallyu’ mungkin ramai yang terpinga-pinga. Tetapi, apabila sebut ‘k-drama’ atau ‘k-pop’ maka ramailah dalam kalangan kita, terutamanya anak muda, yang membayangkan wajah-wajah ‘babyface’ artis-artis k-pop atau bintang-bintang drama dan filem dari Korea Selatan. Kalau bintang dari Korea Selatan menghiburkan kita di Malaysia, itu mungkin perkara biasa, tetapi apa pula pendapat anda jika orang Malaysia yang menghiburkan orang Korea? Jarang-jarang kita dengar, bukan? Tular di laman Twitter, satu video yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang ‘busking’ lagu Korea. Lebih menarik, aksi persembahan itu bukan sahaja menarik perhatian penonton yang datang dari Malaysia, malah orang Korea sendiri pun terpukau. Pengguna Twitter @venompenguin berkongsi video berdurasi dua minit yang menunjukkan kawannya yang sedang ‘busking’ di tepi jalan di sekitar Sinchon, di Seoul, Korea Selatan. Kebanyakan mereka yang menyaksikan persembahan itu, terutama rakyat Ko...
loading...