Skip to main content

Gadis Melayu Bertudung Busking Lagu Korea di Seoul


APABILA sebut ‘hallyu’ mungkin ramai yang terpinga-pinga. Tetapi, apabila sebut ‘k-drama’ atau ‘k-pop’ maka ramailah dalam kalangan kita, terutamanya anak muda, yang membayangkan wajah-wajah ‘babyface’ artis-artis k-pop atau bintang-bintang drama dan filem dari Korea Selatan.

Kalau bintang dari Korea Selatan menghiburkan kita di Malaysia, itu mungkin perkara biasa, tetapi apa pula pendapat anda jika orang Malaysia yang menghiburkan orang Korea?

Jarang-jarang kita dengar, bukan?

Tular di laman Twitter, satu video yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang ‘busking’ lagu Korea.

Lebih menarik, aksi persembahan itu bukan sahaja menarik perhatian penonton yang datang dari Malaysia, malah orang Korea sendiri pun terpukau.



Pengguna Twitter @venompenguin berkongsi video berdurasi dua minit yang menunjukkan kawannya yang sedang ‘busking’ di tepi jalan di sekitar Sinchon, di Seoul, Korea Selatan.

Kebanyakan mereka yang menyaksikan persembahan itu, terutama rakyat Korea sendiri, kagum dengan kebolehan gadis tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan begitu fasih.

Gadis tersebut merupakan penuntut di Ewha Women's University, Seoul, mendendangkan lagu berjudul 'Some'.


Sumber : Astro Awani

Popular posts from this blog

Tahniah! Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Fellowship

SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang perubatan. Terbaharu, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah  Darzi Academic Clinical Fellowship  di Imperial College London. Perkara itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi akaun Twitternya. It was an honour to be awarded Darzi Academic Clinical Fellowship at Imperial College London, alhamdulillah, I’ll continue my hard work and make Malaysia proud. — Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) January 23, 2019 Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom. Beliau juga tidak terlepas dilanda kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapat berkait bidang perubatan. Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan pakar pembedahan umum dan akan me...

Eksklusif: Siswa Miskin Ikat Perut

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan. Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing. Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik. Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50. Pelajar jur...

8 Tips Melancong Dalam Negara Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku maslah ketika berseronok ketika melancong. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 10 tips melancong dalam negara untuk anda. 1. Bercuti di waktu luar musim bercuti Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapa...

8 Tips 'Simple' Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Maghrib

Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?  Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari. Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 8 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga! 1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut Image via  www.nuansapagi.com Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem  instant . Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti...

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

Nurul Izzah Kembali Anggotai PAC

AHLI  Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu selepas melepaskan jawatan itu. Keputusan itu dibuat selepas berpuas hati dengan jaminan semak dan imbang dalam struktur jawatankuasan itu dan jawatan Pengerusi PAC akan kembali diterajui pembangkang. Beliau bersetuju menganggotai PAC setelah berbincang dengan Ketua Whip Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. “Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara. “Harapan saya agar agenda reformasi sentiasa menjadi keutamaan kita dalam berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian. Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa itu pada 22 Mac lalu atas alasan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC. Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangka...

Elak buat 5 perkara ini sebelum beli rumah pertama

Semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus. Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli. Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah. Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang. Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara ini... #1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu) “Sentiasa ukur baju di badan sendiri.” Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat. Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung). Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah. Yang paling selamat untuk korang bua...

“Bagusnya Dapat Family Mertua Macam Ni” - Menantu Mengidam Air Milo, Mertua Sanggup Kejar!

Gara-gara mengidam minuman dari lori Milo, pasangan mertua ini gigih mengejar kenderaan tersebut untuk menantunya yang sedang hamil lapan bulan.   Tular di media sosial, video yang berdurasi satu minit 43 saat itu memperlihatkan aksi lori Milo berhenti di tepi jalan apabila ditahan oleh pasangan mertua ini. Bini aku mengandung mengidam nk minum air milo lori , mak ayah aku terserempak dngn lori milo dorang kejar weh ! 😂😂😂 pic.twitter.com/LQd4FjxqyB — Mer (@AzmerMerzam) April 29, 2019 Menurut suami, Muhammad Azmer, 23, aksi kejar-mengejar itu melibatkan ibu, bapa dan kakaknya.   “Mereka terserempak dengan lori tu dan terus kejar sebab teringat yang isteri saya pernah cakap teringin sangat nak Milo lori.   “Isterinya saya mengidam untuk menikmati Milo dari lori sejak kandungannya berusia usia dua bulan lagi tapi tak pernah dapat”, ujarnya ketika dihubungi.   Menurutnya lagi, “Isteri saya kata milo lori paling sedap dari milo yang lain.” Namun ...

Swiss Image, Jenama Penjagaan Kulit Halal Pertama Dengan Kajian Klinikal Dari Switzerland Dilancarkan

Switzerland    merupakan    sebuah    negara    yang    memang    tidak    asing    lagi    dengan    jenama    penjagaan    kulit    yang    bertaraf    antarabangsa    kerana    kualitinya    yang    bermutu    tinggi.          “Atas    objektif    tersebut,    kami    mahu    semua    wanita    di    Malaysia    menikmati    produk    penjagaan    kulit    Swiss    mewah    berkualiti    di    Malaysia...
loading...