Skip to main content

Tahniah! Dr Amalina Terima Anugerah Darzi Fellowship


SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang perubatan.

Terbaharu, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Perkara itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi akaun Twitternya.





Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom.

Beliau juga tidak terlepas dilanda kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapat berkait bidang perubatan.

Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan pakar pembedahan umum dan akan meneruskan pengajian Doktor Falsafah (PhD).

Dr Amalina turut berpendapat bahawa sifat negatif dan kebencian dalam diri seseorang itu perlu dihentikan.




Sumber : Astro Awani

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...