Skip to main content

“Bagusnya Dapat Family Mertua Macam Ni” - Menantu Mengidam Air Milo, Mertua Sanggup Kejar!


Gara-gara mengidam minuman dari lori Milo, pasangan mertua ini gigih mengejar kenderaan tersebut untuk menantunya yang sedang hamil lapan bulan.
 
Tular di media sosial, video yang berdurasi satu minit 43 saat itu memperlihatkan aksi lori Milo berhenti di tepi jalan apabila ditahan oleh pasangan mertua ini.





Menurut suami, Muhammad Azmer, 23, aksi kejar-mengejar itu melibatkan ibu, bapa dan kakaknya.
 
“Mereka terserempak dengan lori tu dan terus kejar sebab teringat yang isteri saya pernah cakap teringin sangat nak Milo lori.
 
“Isterinya saya mengidam untuk menikmati Milo dari lori sejak kandungannya berusia usia dua bulan lagi tapi tak pernah dapat”, ujarnya ketika dihubungi.
 
Menurutnya lagi, “Isteri saya kata milo lori paling sedap dari milo yang lain.”


Namun menerusi perbualan dengan pemandu lori Milo terbabit, mereka tidak dapat memberikan air tersebut kerana kebiasaannya ia dibancuh secara banyak.
 
Pemandu lori tersebut sedang menuju ke karnival Moh Heboh, Kuantan dan menurut Azmer, dia dan isteri akan ke karnival itu esok untuk mencari lori Milo tersebut.
 
Netizen sama-sama memberikan sokongan dan mendoakan urusan Azmer dan isterinya, Natasya dipermudahkan dapat Milo lori memandangkan isterinya sedang sarat.
 
Video itu sehingga kini sudah mendapat hampir 500,000 tontonan dengan 36,000 retweet di Twitter.

Sumber : Astro Gempak

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...