Skip to main content

Prosiding Kes Najib Tidak Boleh Siar Secara Langsung


Prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur, bermula Rabu ini tidak boleh disiar secara langsung.
Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.
"Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media atau dibenarkan untuk dirakamkan,"demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Dilaporkan satu petisyen dalam talian oleh rakyat Malaysia dilancarkan bagi meminta kes perbicaraan Najib berkaitan SRC International disiarkan secara langsung di televisyen.
Semalam, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu.
Sumber : Kosmo!

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...