Skip to main content

"Tinggal Serumah 14 Orang, Kerja Selagi Matahari Tak Terbenam! Tapi Gaji ..." - Siapa Sangka, Fizi Ali Pernah Jadi Pemetik Epal


Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan pernah berdepan detik sukar dalam hidup selepas stesen radio tempatnya bekerja sebelum ini ditutup.

Kata Fizi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara asing untuk menjadi pemetik buah epal selama enam bulan.

"Satu ketika dulu saya pernah di ambang kejatuhan. Kerja tak ada, duit dah semakin habis, saya dah hilang keyakinan untuk hidup. Macam-macam usaha tapi gagal jugak.

"Saya ambil keputusan untuk merantau jauh di negara orang, kerja sebagai pemetik buah.

"Walaupun waktu tu orang gelar saya pendatang haram tapi gigihkan juga sebab saya tau saya cari rezeki yang halal.

"Hampir 6 bulan di sana hidup sebagai pelarian, sentiasa ada perasaan takut ditangkap," katanya.

View this post on Instagram
satu ketika dulu abam pernah di ambang kejatuhan..kerja tak ada,duit dah semakin habis..abam dah hilang keyakinan utk hidup..macam2 abam usaha tapi gagal jugak..abam amek keputusan untuk merantau jauhh di negara orang...kerja sebagai pemetik buah di negara orang..walaupun waktu tu orang gelar abam pendatang haram tapi abam gigihkan jugak sebab abam tau abam cari rezeki yang halal..hampir 6 bulan abam di sana hidup sebagai pelarian..sentiasa ada perasaan takut ditangkap..abam selalu berdoa supaya permudahkan urusan abam..alhamdulillah walaupun sekarang ni tak la sesenang mana tapi abam bersyukur dengan apa yang abam ada sekarang...harap yang tengah hilang keyakinan diri atau tgh down,teruskan berusaha..mesti ada rezeki korang dekat mana2 tuu...ni gambar abam lepas jatuh pokok dulu😂😂😂
A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on


Tambah suami kepada pelakon Shakilla Khoriri itu lagi, sepanjang berada di sana, dia terpaksa berhimpit tinggal bersama 14 orang pekerja lain serumah.

"Hidup saya paling rare satu rumah duduk 14 orang. Berhimpit-himpit... Makan pula selalunya masak sendiri.

"Tetapi, paling best apabila dapat gaji. Minimum selalunya hantar balik ke kampung RM5,000. Sebab itulah ramai lagi yang masih bertahan kerja sana.

"Cuma kerjanya memang risiko. Kalau apa-apa jadi, tanggunglah sendiri," katanya kepada Gempak.

Sepanjang berada di sana, Fizi pernah melalui pengalaman tidur di bawah pokok epal pada waktu tengah hari ekoran jarak dengan tempat penginapan terlalu jauh.

"Waktu kerja pula bayangkan dari awal pagi sampai selagi tak terbenam matahari selagi itulah tak balik rumah," tambahnya.

Perkongsian itu kata Fizi untuk menyuntik semangat kepada individu yang putus asa dan hilang keyakinan diri.

"Alhamdulillah walaupun sekarang ni tak la sesenang mana tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

"Harap yang tengah hilang keyakinan diri atau tengah down, teruskan berusaha..mesti ada rezeki korang dekat mana-mana tu," simpulnya lagi.

Sumber : Astro Gempak

Popular posts from this blog

Eksklusif: Siswa Miskin Ikat Perut

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan. Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing. Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik. Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50. Pelajar jur...

“Alhamdulillah 9A 1B Untuk Bella, Rahsianya?” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Kejayaan Anaknya

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Sophea Isabella.   Menurut Dr. Muszaphar, Bella merupakan seorang anak yang sangat rajin dan tidak mudah putus asa. “9A 1B untuk Bella… Bella baru sahaja menyelesaikan Ujian Sekolah Rendah Agama dan mendapat 9A 1B untuknya. Alhamdulillah dan B untuk Khat.   “Saya rasa dia benar-benar berusaha keras untuk mendapatkan iPad yang saya janjikan kepadanya… Tetapi hanya jika dia berjaya memdapat 10A. Haha.   “Bella biasanya cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan sama ada sukan atau akademik. Banyak pingat pencapaian Bella dan Tasha yang kami kumpulkan dan digantung di dinding sebagai sumber inspirasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dia merupakan seorang yang sangat kuat, bertekad dan bersemangat dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya,” tulisnya.   Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Dr Sheikh juga turut berkongsi rahsia kejay...

7 cara kurangkan pedas dalam masakan

1. GULA ATAU MADU Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. 2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk. 3. KENTANG Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan. 4. BAWANG BESAR Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga. 5. TOMATO Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya. 6. LEBIHKAN SAYUR Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini. 7. CARA PILIH CILI Memilih cili juga membantu untu...

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau. "Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. "Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. "Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali. "Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seoran...
loading...