Skip to main content

Tindakan Pekerja Kedai Mamak Menyuap OKU Buat Ramai Tersentuh, Sebak Weh!


Benarlah kata orang, jangan nilai seseorang itu dari luarannya. Apatah lagi dari latar belakang kerjanya.
 
Perlakuan seorang pekerja kedai 'mamak' yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan segala-galanya.
 
Biarpun hanya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran, namun individu terbabit tidak malu untuk membantu seorang pemuda OKU yang kesukaran untuk menyuap makanan.
 
Gambar terbabit tular di Twitter apabila dimuat naik oleh pengguna Najib Fiqri. Malah sehingga kini tweet terbabit dikongsi sebanyak 26,882 kali.




Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan gambar berkenaan, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan gelaran 'Mamak' yang diberi.
 
Walaubagaimanapun menurut Najib, gelaran terbabit bukan bermaksud untuk menghina tetapi lebih kepada mengangkat nilai murni pekerja terbabit.
 
Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah:




Sumber : Astro Gempak

Popular posts from this blog

Jualan Laris Manis, Gadis Ini Kongsikan Resepi Rahsia Brown Sugar Bubble Milk

Dalam cuaca panas terik lagi-lagi di waktu tengahari, pastinya minuman sejuk jadi pilihan. Lagi-lagi yang sedap pastinya membuatkan kita akan menginginkannya lagi. Sekarang, sudah jadi satu trend pula ramai anak-anak muda tidak kiralah lelaki atau para gadis yang mula sanggup menjadikan menjaja makanan dan minuman sebagai satu kerjaya untuk mencari rezeki. Menerusi satu video dari laman sesawang Youtube, seorang gadis yang dikenali sebagai Aishah ini berkongsi tips dan resepi Brown Sugar Bubble Milk yang diusahakannya itu sentiasa mendapat perhatian ramai. Aishah menerangkan harga ditetapkan mengikut saiz cawan iaitu RM 4, RM 6 dan RM 10. Gerai ini bertempat di Bandar Kinrara 5, Puchong dan dibuka jam 11 pagi hingga 7 petang. Tetapi, jika habis awal, akan tutup awal. Dalam video berdurasi 5:47 minit itu,Aishah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman yang mendapat tempat di hati masyarakat ini. Ada 4 perisa yang dijual oleh gadis ini iaitu soya, coklat, susu...
loading...