Skip to main content

Posts

"Tinggal Serumah 14 Orang, Kerja Selagi Matahari Tak Terbenam! Tapi Gaji ..." - Siapa Sangka, Fizi Ali Pernah Jadi Pemetik Epal

Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan pernah berdepan detik sukar dalam hidup selepas stesen radio tempatnya bekerja sebelum ini ditutup. Kata Fizi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara asing untuk menjadi pemetik buah epal selama enam bulan. "Satu ketika dulu saya pernah di ambang kejatuhan. Kerja tak ada, duit dah semakin habis, saya dah hilang keyakinan untuk hidup. Macam-macam usaha tapi gagal jugak. "Saya ambil keputusan untuk merantau jauh di negara orang, kerja sebagai pemetik buah. "Walaupun waktu tu orang gelar saya pendatang haram tapi gigihkan juga sebab saya tau saya cari rezeki yang halal. "Hampir 6 bulan di sana hidup sebagai pelarian, sentiasa ada perasaan takut ditangkap," katanya. View this post on Instagram satu ketika dulu abam pernah di ambang kejatuhan..kerja tak ada,duit dah semakin habis..abam dah hilang keyakinan utk hidup..macam2 abam usaha tapi gagal...

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau. "Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. "Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. "Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali. "Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seoran...

Tindakan Pekerja Kedai Mamak Menyuap OKU Buat Ramai Tersentuh, Sebak Weh!

Benarlah kata orang, jangan nilai seseorang itu dari luarannya. Apatah lagi dari latar belakang kerjanya.   Perlakuan seorang pekerja kedai 'mamak' yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan segala-galanya.   Biarpun hanya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran, namun individu terbabit tidak malu untuk membantu seorang pemuda OKU yang kesukaran untuk menyuap makanan.   Gambar terbabit tular di Twitter apabila dimuat naik oleh pengguna Najib Fiqri. Malah sehingga kini tweet terbabit dikongsi sebanyak 26,882 kali. Tersentuh hati melihat seorang insan yang hanya bergelar “mamak” sedang menyuapkan orang kurang upaya😢😢aku respect abang mamak ni 💯 pic.twitter.com/a9z9uEoDS5 — APex™ (@najib_fiqri) April 22, 2019 Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan gambar berkenaan, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan gelaran 'Mamak' yang diberi.   Walaubagaimanapun menurut Najib, gelaran terbabit bukan bermaksud untuk menghina tetapi lebi...

Bunian Itu Jin Tapi Jangan Terlalu Obses, Nanti Syirik - Ustaz Zaharuddin

MISTERI  kehilangan Mohamad Ashraf Hasan yang sudah memasuki dua minggu terus menjadi tanda tanya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menjejaknya selepas tiba-tiba 'ghaib' ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya namun sehingga kini kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih mesra dengan sapaan Acap pada 23 Mac lalu itu terus kekal misteri. Dalam kekecohan Acap ghaib tanpa sebarang petunjuk, pelbagai teori muncul bagi menjelaskan misteri kehilangannya termasuklah pemuda malang itu dikatakan disorok oleh bunian di alam mereka kerana Acap mungkin melakukan sesuatu hingga menimbulkan kemarahan makhluk halus itu. Tidak kurang juga yang menyifatkan tanggapan itu sebagai mengarut dan menganggap ia syirik kerana anak kelahiran Muar, Johor itu berkemungkinan sesat kerana tidak biasa dengan keadaan dalam hutan. Tetapi siapa sebenarnya bunian yang sering diperkatakan terutamanya dalam kalangan ma...

Nurul Izzah Kembali Anggotai PAC

AHLI  Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu selepas melepaskan jawatan itu. Keputusan itu dibuat selepas berpuas hati dengan jaminan semak dan imbang dalam struktur jawatankuasan itu dan jawatan Pengerusi PAC akan kembali diterajui pembangkang. Beliau bersetuju menganggotai PAC setelah berbincang dengan Ketua Whip Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. “Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara. “Harapan saya agar agenda reformasi sentiasa menjadi keutamaan kita dalam berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian. Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa itu pada 22 Mac lalu atas alasan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC. Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangka...

Jadi Housewife Pun Ada KPI? Hadiah Suami Buat Isterinya Ini Buat Netizen 'Cair'

Pernah tak terfikir satu hari nanti suri rumah juga mempunyai penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI)? Kalau KPI tinggi pasti dapat bonus, kan? Itulah yang berlaku pada seorang wanita apabila menerima 'bonus' daripada suaminya selepas cemerlang menjalankan tugas sebagai suri rumah. Menerusi Twitter, wanita dikenali sebagai Fazlinazhran ini memuat naik gambar hadiah yang kebanyakkannya terdiri daripada barangan kelengkapan rumah. Sehingga kini tweet terbabit telah dikongsi sebanyak 3,400 kali!   Husband cakap ni hadiah sebab perform KPI housewife.😂 Sebab tu kena suruh lelaki buat kerja rumah, baru tau betapa susahnya perempuan buat kerja pakai benda basic. So they all boleh upgrade hehe Thank you @LazadaMY , lazada punya birthday tapi kita yang dapat hadiah hahaha😂 pic.twitter.com/l7xPqp4sEn — Olivia (@fazlinazhran) April 1, 2019 Menurut Fazlinazhran gelaran KPI housewife itu juga hanya jenaka semata-mata dan tiada kena mengena dengan paksaan daripada suaminya. ...

Makanan, Minuman di Terengganu Mahal?

Pada musim cuti sekolah, seperti biasa di Terengganu khususnya Kuala Terengganu padat dan sesak kerana menjadi tumpuan pelancong yang membawa keluarga bercuti di negeri penyu ini. Variasi tarikan pelancongan di Kuala Terengganu sendiri khususnya menjadikan bandar raya ini, terutama di kawasan tumpuan ramai mengalami aliran trafik agak menekan, umpama berada di ibu kota Kuala Lumpur. Signifikannya, jika anda tidak merancang awal dan datang bercuti secara mengejut ke bandar raya ini pada musim cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, bersedialah untuk berdepan kesukaran mendapatkan penginapan. Semua hotel tidak kira daripada yang berstatus bajet, mahupun bertaraf tiga dan empat bintang, inap desa, rumah tumpangan dan resort, penuh dengan tempahan terutama pada hujung minggu. Namun, apa yang harus disyukuri, ia menunjukkan Terengganu yang dulunya pernah berada pada kedudukan antara negeri paling miskin di Malaysia semakin maju dan makmur, dengan rak-yatnya sendiri dapat menik...
loading...